top of page
Utama

Kajian Semula Pelan Induk Landskap Ipoh 2023-2035

Kajian semula ini adalah satu usahasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Universiti Putra Malaysia Consultancy and Services

Kajian Semula Pelan Induk Landskap Ipoh

Pelan Induk Landskap (PIL) adalah satu dokumen yang menggariskan polisi, garis panduan dan kerangka kerja untuk perancangan, reka bentuk dan pengurusan landskap bagi sesuatu kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.


Oleh itu, kajian PIL Bandaraya Ipoh ini akan mengawal pembangunan landskap Bandaraya Ipoh sehingga tahun 2035 selari dengan hasrat Bandaraya Ipoh untuk menjadikan “Ipoh Bestari Sejahtera” sejajar dengan Matlamat Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” ke arah “Malaysia Madani”.​

NilaiTunjang

Nilai Tunjang Landskap Ipoh

Street Fashion Photography

Kebolehsampaian

Kawasan landskap mestilah mempunyai kadar keboleh sampai kepada semua golongan penduduk dan pengunjung Bandaraya Ipoh ini termasuklah dari segi kemudahan pejalan kaki, tempat letak kenderaan dan pengangkutan awam

A Walk in Park

Keterangkuman

Kawasan landskap mestilah boleh di gunakan oleh semua golongan penduduk dan pengunjung Bandaraya Ipoh tanpa rasa prejudis dengan menerapkan konsep rekabentuk universal dan moden

Estate with Greenery

Hijau

Kawasan landskap perlulah ditekankan sebagai satu infrastruktur hijau yang memberikan perkhidmatan ekosistem yang memberikan nilai kepada kualiti alam sekitar, kesejahteraan orang ramai, kepelbagaian biologi serta nilai ekonomi

Fun Outdoors

Menyeronokkan

Kawasan landskap yang di bangunkan mestilah mampu memberikan keseronokan kepada pengguna apabila di gunakan pada setiap waktu

Beautiful Landscape

Diingati

Kawasan landskap perlulah dibangunkan untuk memberi pengalaman unik yang boleh di ingati dan dikasihi untuk kegunaan yang berpanjangan

Misi & Visi

Misi dan Visi Pelan Induk Landskap

Misi:

Menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai bandar yang mempunyai persekitaran yang lestari dengan berteraskan Warisan Budaya untuk kesejahteraan penduduk.

Visi:

Kehijauan dan Warisan Untuk Kehidupan

Matlamat

Matlamat Pelan Induk Landskap

Optimum

Penambahan dan penambahbaikan kawasan lapang,hijau dan taman dari segi kuantiti, kualiti dan fungsi untuk kesejahteraan masyarakat setempat dan pelancong.

Kemampanan

Mengukuhkan daya tahan landskap semula jadi di Ipoh melalui strategi pemeliharaan dan pemuliharaan ruang landskap.

Warisan

Mengangkat nilai warisan Bandaraya Ipoh sebagai sumber identiti dan kebanggaan warga setempat.

Sosio-Ekonomi

Memacu pertumbuhan sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui perancangan reka bentuk landskap yang mampan dan lestari.

Pelancongan

Meningkatkan potensi pelancongan Ipoh berasaskan sumber semula jadi, warisan budaya dan guna ruang landskap yang optimum.

Kawasan Kajian

Kawasan Kajian

Terdapat 5 kawasan kajian bagi PIL ini iaitu Gugusan Manjoi, Gunung Lang, Pusat Bandar, Sungai Kinta dan Gunung Rapat

Sertai Tinjauan Mengenai Pengenalan Pelan Induk Landskap ini:

Kajian semula ini adalah satu usahasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Universiti Putra Malaysia Consultancy and Services

© 2035 by Lullaby. Powered and secured by Wix

bottom of page