top of page
Utama

KAWASAN KAJIAN 4: GUNUNG LANG

"Menyelusuri Dolina Gunung Lang"

Memberi peluang kepada pengunjung untuk berekreasi secara aktif dan pasif melalui interaksi dengan proses formasi geologi Gunung Lang serta elemen semula jadi yang lain.

United Nations (UN) Sustainable Development Goals (SDG):

sdg.JPG
Pelan Pembangunan

Pelan Pembangunan Gunung Lang

Bukit Batu Kapur Gunung Lang mempunyai sejarah yang tersendiri, dan telah menjadi kawasan perlindungan setempat sejak zaman Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Sehingga kini, Gunung Lang tetap teguh berdiri dan kini menjadi satu kawasan rekreasi yang popular di Ipoh.

layout lang.jpg

N

Imej Cadangan

Imej Cadangan Pembangunan 

lang.jpg

Laluan masuk utama
Laluan masuk utama ke Taman Rekreasi Gunung Lang perlu di naik taraf supaya lebih menarik dan menunjukkan imej Gunung Lang sebagai satu kawasan Batu Kapur

​

Parkir

Kawasan parkir perlu di naik taraf dengan sistem sirkulasi yang sistematik untuk kenderaan dan pejalan kaki, penambahan jumlah tempat parkir termasuk bas dan sikal. Selain itu kawasan parkir perlulah mendapat teduhan secukupnya

​

Pejabat Jabatan Taman dan Landskap, MBI
Pejabat Jabatan Taman dikekalkan namun boleh ditambah baik lagi dengan penambahan kemudahan.

lang niaga1.jpg
lang niaga2.jpg

Kawasan Perniagaan
Kawasan perniagaan perlu di naik taraf bagi meningkatkan keselesaan dan pilihan pengunjung dengan penambahan ruang perniagaan, serta  pembesaran ruang makan.

​

​

Galeri Gunung Lang dan Pusat Pelawat
Galeri Gunung Lang dan Pusat Pelawat perlu diwujudkan untuk memberikan penerangan kepada pengunjung berkaitan formasi dan sejarah Gunung Lang selain menjadi pusat rujukan dan bantuan kepada pengunjung.

​

Kawasan Penyelenggaraan Bot
Satu kawasan penyelenggaraan bot yang khusus adalah perlu bagi pelancaran bot dan penyelengaraan bot di Tasik Gunung Lang

lang galeri.jpg
lang air1.jpg
lang air2.png

Taman Permainan Air Gunung Lang
Taman Permainan Air ini dicadangkan untuk memberi peluang bagi pengunjung untuk beraksi dengan air Tasik Gunung Lang secara ringan. Permainan air seperti gelungsur dan semburan air adalah di cadangkan. Satu pejabat pentadbiran bagi tujuan pengurusan, kawalan keselamatan dan pengurusan tiket perlu di bangunkan.

​

​

lang tebing.jpg

Tebingan dan Jeti Gunung Lang
Tasik Gunung Lang perlulah mempunyai tebingan pesisir untuk pengunjung bersiar-siar di tepian tasik dan jeti yang sedia ada perlulah dikekalkan.

​

​

lang riadah.jpg
lang playground.jpg

Kawasan Riadah Komuniti
Kawasan riadah umum perlu di adakan untuk orang ramai menjalankan aktiviti umum dan pelbagai di taman ini. Kawasan ini cukup dengan padang berumput namun di naungi oleh pokok teduhan

​

​

Taman Permainan Kanak-kanak
Satu kawasan perlu didedikasikan kepada kemudahan permaian kanak kanak dengan mengambil kira kepelbagaian usia kanak kanak. Namun untuk menjadi unik, kawasan permainan ini perlulah bercirikan semulajadi bagi memesrakan hubungan kanak kanak dan alam

​

​

lang extreme1.jpg
lang extreme.jpg

Pengembaraan Batu Kapur Gunung Lang
Kawasan aktiviti memanjat struktur sebagai satu aktiviti riadah sambil mengenali batuan kapur gunung secara dekat. Struktur memanjat dicadangkan untuk tidak di bina bersentuhan dengan dinding batu kapur bagi mengelakkan kerosakan kepada batu kapur tersebut

​

​

lang denai.jpg

Denai Gunung Lang
Pengunjung berpeluang untuk trekking kawasan Gunung Lang dengan denai yang di bahagikan kepada 3 jarak dan kesusahan yang berlainan bagi pemula, pertengahan dan pakar

​

Alternatif masuk laluan Denai Gunung
Satu akses masuk ke Gunung Lang melalui arah barat di cadangkan dan terus ke Denai Gunung Lang. Laluan masuk ini adalah di dalam kawasan taman kejiranan namun mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi dan pusat daftar pelawat serta kawalan yang sempurna

lang khemah.jpg

Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan yang lengkap disediakan untuk memberikan peluang untuk bermalam di kawasan Gunung Lang, terutamanya bagi mereka yang melalui Denai Gunung Lang. Kawasan perkhemahan perlu mempunyai bekalan air, pelupusan sampah dan perhubungan yang baik

​

​

lang kinta1.jpg
lang kinta2.jpg

Jambatan penghubung ke Sungai Kinta
Satu jambatan pejalan kaki di cadangkan untuk menghubungkan Taman Rekreasi Gunung Lang dan Sungai Kinta seterusnya Taman DR melalui Hutan Tebingan Sungai Kinta. Ini bagi meningkatkan kelangsungan dan rangkaian kawasan hijau di Bandaraya Ipoh. Jambatan ini juga boleh menjadi mercu tanda yang baru bagi Bandaraya Ipoh.

​

​

Sertai Tinjauan Mengenai Pelan Induk Landskap di Gunung Lang ini:

© 2035 by Lullaby. Powered and secured by Wix

bottom of page