top of page
River and Coconut Trees
Utama

KAWASAN KAJIAN 2: SUNGAI KINTA

"Koridor Nadi Bandar"

Pernyataan Konsep:

Meningkatkan kehidupan Sungai Kinta dengan strategi kehijauan semulajadi yang dapat memangkin aktiviti sosial dan ekonomi berlandaskan sejarah dan kepentingan Sungai Kinta itu sendiri.

United Nations (UN) Sustainable Development Goals (SDG):

sg kinta SDG.jpg

Pelan Pembangunan Sungai Kinta

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan Pesisiran Sungai Kinta mempunyai pelbagai kekuatan. Antara kekuatan Sungai Kinta ialah sungai ini dilihat sebagai kawasan tumpuan, mempunyai daya tarikan untuk aktiviti tertentu, sungai sebagai rangkaian hijau, dan kesesuaian untuk meningkatkan walkability. Kekukuhan atau kekuatan Sungai Kinta ini adalah satu potensi yang sangat positif dan berpotensi untuk membantu meningkatkan imej dan kualiti kehidupan penduduk Ipoh.

Zon Pembangunan Sungai Kinta

Bagi memberi gambaran lebih baik berkaitan pembangunan di Sungai Kinta, pasukan kajian telah mengelaskan Sungai Kinta kepada 5 zon:

 
Zon 1: Semulajadi
Zon 2: Pusat Bandar
Zon 3: Perumahan dan Komersil 
Zon 4: Perumahan
Zon 5: Tadahan

kinta_png.png
Zon 1 dan 2

Pelan Pembangunan Zon 1 (Zon Semulajadi)
dan Zon 2 (Zon Pusat Bandar)

sungai new .jpg

Zon 1: Zon Semulajadi

Zon Semulajadi di Sungai Kinta ini adalah kesinambungan dari Kinta River Walk yang berdekatan dengan Taman DR. Kawasan Sungai Kinta disini mempunyai peratus keaslian yang sederhana tinggi dan bersambung dengan Taman Rekreasi Gunung Lang serta Kampung Kepayang. Adalah di harapkan, dengan konsep semuladi, ianya akan menjadi pemangkin kepada konservasi Sungai Kinta di kawasan hulu.

Zon 2: Zon Pusat Bandar

Zon Sungai Kinta di Pusat Bandar adalah kawasan yang mempunyai potensi untuk di bangunkan dengan pesat. Adalah di cadangkan supaya Zon ini di bangunkan untuk meningkatkan imej dan karektor warisan Ipoh yang boleh memangkin aktiviti sosial dan perniagaan serta memacu aktiviti pelancongan di Bandar Ipoh.

N

Imej Cadangan Pembangunan Zon 1 dan Zon 2

jambatan lang.png
jambatan lang1.jpg

Jambatan Gunung Lang

Satu jambatan pejalan kaki di cadangkan untuk menghubungkan Taman Rekreasi Gunung Lang dan Sungai Kinta seterusnya Taman DR melalui Hutan Tebingan Sungai Kinta. Ini bagi meningkatkan kelangsungan dan rangkaian kawasan hijau di Bandaraya Ipoh. Jambatan ini juga boleh menjadi mercu tanda yang baru bagi Bandaraya Ipoh

​

​

zon semulajadi 1.png

Hutan Tebingan Sungai Kinta

Persekitaran zon semulajadi yang merangkumi hutan sediada, laluan ke Gunung Lang dan kawasan tadahan air untuk kesinambungan sistem ekologi dan kelestarian alam.

Imej sumber: https://www.asla.org/fieldguide.aspx

plazz.jpg

Plaza JPS Sungai Kinta

Satu Plaza JPS di cadangkan di wujudkan berdekatan dengan Pusat Interpretasi dan Galeri Sungai Kinta. Plaza ini di cadangkan menjadi titik tumpuan awam selain menjadi kawasan penerangan berkaitan fungsi dan peranan JPS dalam mengurus Sungai, antaranya adalah penggunaan “Inflatable Rubber Dam”.

Tangga Kinta

Tebing Sungai Kinta di Kinta Riverwalk di cadangkan untuk di naik taraf kepada satu imej tangga bertingkat. Tangga ini boleh meningkatkan lagi ruang sosial selain memberikan keunikan kepada Kinta Riverwalk dan interaksi pengunjung dengan Sungai Kinta

​

​

galeri.png

Pusat Interpretasi dan Galeri Sungai Kinta

Satu pusat Intepretasi dan Galeri Sungai Kinta di cadangkan untuk di bina bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sungai terutamanya berkaitan sejarah, nilai dan kepentingan Sungai Kinta kepada Bandaraya Ipoh.

​

​

Picture2.jpg

Kinta Riverwalk

Kinta Riverwalk ini perlu di kekalkan namun di tambahbaik untuk menjadi satu kawasan tumpuan ramai di Bandaraya Ipoh. Kawasan tempat makan perlu dipertingkatkan imej dan kepelbagaian. Manakala, jalan masuk ke Taman DR dari Kinta Riverwalk perlu di tambah baik.

​

​

Zon 3

Pelan Pembangunan Zon 3: Zon Perumahan dan Komersil

zon 3 layout_jpg.jpg

Zon Perumahan dan Komersil

Zon 3 Sungai Kinta ini terletak di kawasan selatan selepas Pusat Bandar dan ianya adalah lebih merupakan kawasan campuran perumahan dan komersil. Kawasan ini berpotensi untuk di bangunkan dengan bagi tujuan rekreasi komuniti selain menyokong aktiviti komersil. Adalah di cadangkan supaya Zon ini di bangunkan untuk memberikan refleksi imej dan karektor kawasan perumahan di pinggir bandar di Ipoh.

N

Imej Cadangan Pembangunan Zon 3

plaza jps.png

People's Park

Meningkatkan kualiti dan imej People’s Park sebagai kawasan hijau di Pekan Lama dan pintu masuk utama ke kawasan persisiran Sungai Kinta

​

​

Plaza Muara Kinta

Plaza Muara Sungai Kinta dicadangkan di bangunkan di muara pertemuan Sungai Kinta dan Sungai Pari bagi meningkat kawasan awam dan hijau di Bandaraya Ipoh. Plaza ini boleh menjadi satu mercu tanda baru bagi Sungai Kinta dan Bandaraya Ipoh

​

​

Ruang Perniagaan Sikal dan Kenderaan

Di beberapa tempat di sepanjang Zon ini dicadangkan ruang khusus untuk perniagaan makanan berasaskan kenderaan bagi peniaga kecil. Kawasan ini berpontensi untuk menjadi tarikan dan tumpuan dan boleh di selenggara dengan lebih berkesan.

​

​

SUSPENSION BRIDGE.png

Jambatan Pejalan Kaki

Jambatan pejalan kaki menghubungkan tebingan sungai adalah di cadangkan untuk memastikan penyelengaraan dapat di buat selain memberikan pusingan “loop” kepada pejalan kaki.

​

​

tebing hutan bandar.jpg
tmn permainan copy.jpg

Tebingan Hutan Bandar

Tebingan Hutan Bandar ini di cadangkan untuk meningkatkan kawasan semulajadi dan kepelbagaian biologi di Bandaraya Ipoh selain menjadi kawasan rekreasi komuniti.

​

​

Taman Permainan Kanak-kanak

Di beberapa tempat di sepanjang zon ini di cadangkan kawasan permainan di sediakan untuk pelbagai usia kanak-kanak.

​

​

Picture3.jpg

Ruang Senaman

Di beberapa tempat di sepanjang zon ini di cadangkan kawasan sehenti untuk diletakkan peralatan senaman dan wakaf rehat yang amat penting untuk aktiviti rekreasi.

​

​

dd kolam.jpg

Tebingan Kampung Kuchai

Pembangunan satu dataran sungai dinamakan Tebingan Kuchai untuk meningkatkan kesedaran berkaitan Kampung Kuchai, satu kawasan penempatan awal masyarakat Melayu berdekatan Pekan Baru Ipoh.

​

Zon 4 dan 5

Pelan Pembangunan Zon 4 (Zon Perumahan) dan
Zon 5 (Zon Tadahan).

zon 4 5 layout copy.jpg

N

Zon Perumahan dan Komersil

Zon 4 Sungai Kinta ini adalah zon yang di kelilingi oleh majoritinya kawasan perumahan. Maka zon ini di cadangkan untuk di bangunkan sebagai kawasan rekreasi dan sosial bagi pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial. Selain itu, zon ini juga boleh di bangunkan untuk meningkatkan kepelbagaian biologi di Bandaraya Ipoh.

Zon Tadahan

Zon 5 Sungai Kinta ini adalah zon terakhir pada pembangunan Sungai Kinta ini. Zon ini di apit dengan perumahan dan berkait rapat dengan 2 kolam sedia ada yang telah di bangunkan sebagai kawasan rekreasi. Zon 5 ini berpotensi untuk di bangunkan dengan bagi tujuan rekreasi dan sosial bagi pembangunan komuniti namun perlu di hubung kait dengan 2 kolam sedia ada yang bukan sahaja penting bagi tujuan rekreasi tetapi juga sebagai kawasan tadahan air hujan dan air larian. 

Imej Cadangan Pembangunan Zon 4 dan Zon 5

Picture3.jpg

Ruang Senaman

Di beberapa tempat di sepanjang zon ini di cadangkan kawasan sehenti untuk peralatan senaman dan wakaf rehat yang amat penting untuk aktiviti rekreasi

​

​

tmn permainan1.png

Taman Permainan Kanak-kanak

Di beberapa tempat di sepanjang zon ini di cadangkan kawasan permainan kanak kanak di sediakan untuk pelbagai usia kanak kanak.

​

​

SUSPENSION BRIDGE.png
tebing hutan komuniti.png

Jambatan Pejalan Kaki

Jambatan pejalan kaki menghubungkan tebingan sungai adalah di cadangkan untuk memastikan penyelengaraan dapat di buat selain memberikan pusingan “loop” kepada pejalan kaki.

​

​

Tebingan Hutan Komuniti

Tebingan Hutan Komuniti ini di cadangkan untuk meningkatkan kawasan semulajadi dan kepelbagaian biologi sepanjang Sungai Kinta selain menjadi kawasan rekreasi komuniti

​

​

Ruang Perniagaan Sikal dan Kenderaan

Di beberapa tempat di sepanjang Zon ini dicadangkan ruang khusus untuk perniagaan makanan berasaskan kenderaan bagi peniaga kecil. Kawasan ini berpontensi untuk menjadi tarikan dan tumpuan dan boleh di selenggara dengan lebih berkesan

​

​

Wakaf dan Jeti Komuniti

Wakaf dan Jeti Komuniti di cadangkan di bina untuk setiap komuniti atau kampung yang terdapat sepanjang Sungai Kinta. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Sungai Kinta

​

​

taman tasik tiara.jpg

Tasik Tiara danTiara Lakeview Plaza

Tasik Tiara dan Tiara Lakeview Plaza perlu dikekalkan dan di bangunkan untuk menjadi satu kawasan rekreasi yang utama di Ipoh dengan aktiviti rekreasi pasif dan juga aktif. Tasik Tiara perlu dipanjangkan kepada satu lagi tasik di seberang bagi menjadi satu kawasan rekreasi yang boleh mengeratkan lagi komuniti dengan persekitaran di Ipoh.

​

​

Elemen penyatuan

Elemen Penyatuan Sungai Kinta

Bagi menyatukan rekabentuk Sungai Kinta, terdapat 2 elemen penyatuan yang telah dikenalpasti:

  1. ​Denai Pesisir Sungai Kinta

  2. Jalinan hijau dan biodiversiti Kinta

Elemen Penyatuan 1

Elemen Penyatuan 1: Denai Pesisir Sungai Kinta

Berikut ialah cadangan pembangunan bagi mengukuhkan denai pesisir Sungai Kinta sebagai elemen penyatuan:

  1. Denai ini perlulah di bina sepanjang sungai tanpa putus bagi memudah kan pengguna berjalan kaki dari Taman Rekreasi Gunung Lang sehingga Tasik Tiara.

  2. Denai ini perlu di cadang di bina dengan lebar minima 2 meter.

  3. Lampu perlu dipasang sepanjang denai bagi tujuan keselamatan, begitu juga kemudahan tong sampah dan tempat duduk.

Jambatan Jalan Raja Muda Aziz, ke arah Zon 1 Sungai Kinta

​

02 hulu.JPG

Jambatan Jalan Raja Muda Aziz, ke arah Zon 2 Sungai Kinta

​

03 riverwalk.JPG

Kinta Riverwalk, Zon 2 Sungai Kinta

​

04 plaza jps.JPG

Jambatan Plaza JPS, Zon 2 Sungai Kinta

​

IMG_5475.JPG
06 pertembungan sungai.JPG
08 tiara lake.JPG

Tasik Tiara, Zon 5 Sungai Kinta

07 zon tadahan.JPG

Jalan Simpang Pulai-Lahat, Zon 5 Sungai Kinta

Berhadapan Masjid Panglima Kinta, Zon 3 Sungai Kinta

​

Pertemuan dua sungai, Zon 3 Sungai Kinta

Elemen Penyatuan 2

Elemen Penyatuan 2: Jalinan Hijau Berterusan dan Peningkatan Biodiversiti

Jalinan Hijau ini adalah untuk meningkat litupan hijau di Ipoh yang boleh memberi banyak nilai dan manafaat kepada komuniti dan persekitaran. Adalah di cadangkan pokok yang bersesuaian dengan keadaan lokaliti Ipoh di tanam sepanjang sungai ini.

penyatuan3.JPG
penyatuan1.JPG
penyatuan4.JPG
penyatuan2.JPG
Sertai Tinjauan Mengenai Pelan Induk Landskap di Sungai Kinta ini:

© 2035 by Lullaby. Powered and secured by Wix

bottom of page