
KAWASAN KAJIAN 1: PUSAT BANDAR
"Nafas Kehidupan"
Pernyataan Konsep:
Bermaksud penambahan dan peningkatan pengunaan ruang landskap yang optimum dengan berpaksikan kepelbagaian pengalaman pengguna melalui garis masa warisan yang sedia ada di Ipoh.
United Nations (UN) Sustainable Development Goals (SDG):

Pelan Pembangunan Pusat Bandar

N
Pusat Bandaraya Ipoh adalah sebuah bandar yang sentiasa berkembang. Pertambahan bangunan dan ruang-ruang komersial adalah bagi menampung keperluan penambahan penduduknya. Pada tahun 2018 populasi di Ipoh dianggarkan seramai 673,306 orang dan kini jumlah tersebut meningkat kepada 717,111 orang.

Bagi Pelan Pembangunan Pusat Bandar ini, kawasan kajian dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Zon 1 dan Zon 2. Zon 1 tertumpu di Pekan Lama Bandar Ipoh manakala Zon 2 tertumpu di Pekan Baru Pandar Ipoh. Ilustrasi di bawah menunjukkan pembahagian Zon 1 dan Zon 2.
N

Pusat Bandar Zon 1
Pernyataan Konsep:
Meningkatkan keselesaan dan kebanggaan penduduk terhadap Pekan Lama selain dapat meningkat pengalaman dan pemahaman pengunjung berkaitan karektor, sejarah dan kepentingan Pekan Lama kepada Ipoh secara keseluruhan dengan kemudahan ruang landskap yang mencukupi, selamat serta interaktif.
N
Cadangan Pembangunan di Zon 1:
Bagi Zon 1 Pusat Bandar, cadangan pembangunan dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Enklaf Kolonial British dan Kawasan Komersil Pekan Lama.
​
Kawasan Komersil Pekan Lama ialah kawasan yang didominasi oleh aktiviti perniagaan warga Ipoh. Manakala cadangan bagi Enklaf Kolonial British pula ialah kawasan warisan Ipoh, yang melibatkan Stesyen KTM dan Dataran, Dewan Bandaraya Ipoh, Kelab Ipoh Diraja, Mahkamah Tinggi Ipoh, dan Ipoh Padang. Penekanan pembangunan landskap bagi Enklaf Kolonial Biritish ini akan melibatkan naiktaraf sistem pencahayaan, kawalan warna bangunan, dan karakter landskap persekitaran
​
Kedua-dua kawasan Enklaf Kolonial Ipoh dan Kawasan Komersil Pekan Lama ini disatukan dengan Elemen Penyatuan 4: Jejak@Denai Warisan Ipoh.
​
​
​

Peta menunjukkan sempadan Enklaf Kolonial British.


Dataran KTM:
Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan Dataran KTM sebagi ikon selamat datang ke Bandaraya Ipoh. Pengekalan Dataran MBI sebagai satu imej Bandaraya Ipoh selain fungsinya untuk majlis rasmi MBI. Di cadangkan Dataran ini di segarkan dengan bunga rasmi Ipoh iaitu boungainvillea atau bunga kertas.


Ipoh Padang:
Pemuliharaan dan pemeliharaan warisan Ipoh Padang sebagai satu kawasan hijau utama di Bandaraya Ipoh.
​
Imej dari: https://www.youtube.com/@neato4u




Kawasan Warisan Ipoh di Pekan Lama:
Meningkatkan kualiti landskap Kawasan Warisan dengan:
-
Penambahbaikan historical marker yang boleh direkabentuk berdasarkan naratif sejarah Ipoh
-
Meletakkan hasil seni seperti arca dan perabot landskap di lokasi bersesuaian bagi menonjolkan identiti warisan
-
Memberikan keunikan terhadap kawasan siar kaki warisan dengan menggunakan kemasan bahan yang berbeza
-
Penyusunan semula kawasan letak kereta sedia ada menjadi ruang yang lebih ceria dan aktif serta mampu menjana pendapatan kepada penduduk serta pihak berkuasa.
Pusat Bandar Zon 2
Pernyataan Konsep:
Meningkatkan imej dan identiti Pekan Baru Ipoh sebagai pusat awal ekonomi dan sosial Bandaraya Ipoh dengan pengekalan identiti serta karektor kawasan dan dengan kemudahan ruang landskap yang mencukupi, selamat serta interaktif.

N
Cadangan Pembangunan di Zon 2:

Perabot landskap di lokasi bersesuaian bagi menonjolkan identiti warisan
​

Historical marker di Pekan Baru

Sculptural bridge untuk kemudahan bagi pejalan kaki
​
Kawasan Warisan Ipoh di Pekan Baru:
Meningkatkan kualiti landskap Kawasan Warisan dengan:
-
Penambahbaikan historical marker yang boleh direkabentuk berdasarkan naratif sejarah Ipoh
-
Meletakkan hasil seni seperti arca dan perabot landskap di lokasi bersesuaian bagi menonjolkan identiti warisan
-
Memberikan imej yang berlainan untuk kawasan siar kaki warisan dengan menggunakan material yang berbeza untuk turapan jalan
-
Penambahan landskap kejur di kawasan strategik
-
Penyusunan semula kawasan letak kereta sedia ada menjadi ruang yang lebih ceria dan aktif serta mampu menjana pendapatan kepada penduduk serta pihak berkuasa.


Enklaf Warisan Muzik Ipoh:
Pemuliharaan dan pembangunan Enklaf Warisan Muzik Ipoh. Ipoh pernah menjadi pusat kegiatan artis 80-90an seperti kumpulan SYJ dan May. Malah kawasan ini pernah di abadikan dalam filem cronicle “ROCK” arahan Allahyarham Mamat Khalid
​
​
​


UTC dan Super Kinta:
Menambahbaik kawasan landskap di sekitar Komplek UTC kerana kawasan ini menjadi pusat tumpuan orang ramai untuk berurusan dengan agensi kerajaan. Malah, Komplek UTC ini adalah bersambung dengan Pasaraya Super Kinta yang unik kepada sejarah Ipoh
​
​

Taman DR:
Pengekalan Taman DR sebagai kawasan hijau dan ikon bagi Bandaraya Ipoh dengan:
-
Menaiktaraf kualiti padang bola
-
Mengekalkan Taman Jepun sebagai lambang persahabatan Bandaraya Ipoh dan Bandar Fukuoka, Jepun
-
Menambahbaik satu kolam sedia ada sebagai imej seni berkaitan Mining Pool and Industry bagi memperingati sejarah berkaitan perlombongan bijih timah di Bandaraya Ipoh
-
Membina sebuah Adventure Playground yang unik di Ipoh bagi kegunaan kanak kanak
-
Membina satu Skate Park bagi memenuhi keperluan anak muda bagi tujuan sukan ekstrim yang berdekatan dengan Sungai Kinta
-
Mengekalkan imej kehijauan Taman DR dengan pembangunan sebuah enclave forest and fern sebagai pemangkin kepada peningkatan meningkatkan biodiversiti di Bandaraya Ipoh​



Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Taman Polo):
Pengekalan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz sebagai kawasan hijau dan ikon bagi Bandaraya Ipoh melalui pengembalian nostalgia imej asal taman dengan mengekalkan dan menaik taraf konsep asal taman ini sebagai Taman Polo secara
-
Mengekalkan imej meadow atau green fairways sebagai mengingatkan fungsi asal taman ini
-
Meletakkan arca berasaskan kuda di tempat yang strategik sebagai simbolik bagi mengimbau kembali fungsi asal taman ini
-
Menambahbaik satu kolam sedia ada sebagai satu kolam rekreasi
-
Menaik taraf kawasan pejalan kaki dan elemen serta prasarana bagi menyokong aktiviti rekreasi dan sukan
-
Membangunkan kawasan permainan kanak kanak yang unik dan besar sebagai imej baru taman ini
-
Mengekalkan imej kehijauan taman ini untuk meningkatkan nilai biodiversiti di Bandaraya Ipoh ​


Perak Golf Club dan Ipoh Turf Club:
Pengekalan kawasan Royal Perak Golf Club & Ipoh Turf Club sebagai satu kawasan hijau
​
*Imej Ipoh Turf Club dari Encik Ng Chan Chiew dan imej Royal Perak Golf Club dari https://deemples.com/


Kawasan Hijau & Taman Kejiranan:
Mengekalkan dan menaiktaraf kawasan hijau dan lapang serta kawasan kejiranan termasuk kawasan permainan kanak kanak untuk kegunaan warga setempat
​

Elemen Penyatuan Pusat Bandar
Pusat Bandar Ipoh adalah merangkumi satu kawasan yang luas, maka dalam menjadikan Bandaraya Ipoh kelihatan dalam satu kesatuan, elemen penyatuan didalam kontek ruang landskap diperkenalkan. Elemen penyatuan yang di cadangkan adalah:
-
Jalan Protokol
-
Sungai
-
Jaringan hijau
-
Denai warisan
-
Arca warisan berdasarkan naratif Ipoh
Elemen Penyatuan 1: Jalan Protokol
Jalan Protokol adalah jalan utama yang menjadi pintu masuk kepada Ipoh terutamanya ke Pusat Bandar Ipoh. Jalan ini perlu mempunyai karakter yang tersediri dan menjadi imej utama kepada Bandaraya Ipoh. Di bawah ialah senarai jalan-jalan protokol yang dicadangkan:
a) Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
b) Jalan Lahat
c) Jalan Sultan Iskandar
d) Jalan Sultan Idris Shah
e) Jalan Sultan Nazrin Shah
f) Jalan Raja di Hilir
g) Jalan Sultan Azlan Shah
h) Jalan SP Seenivasagam

Cadangan penambahbaikan:
​Penambahbaikan ialah untuk memberikan imej yang lebih kuat, menarik, unik dan tersusun melalui:
-
Rekabentuk lampu dan papan tanda
-
Pengekalan pokok sedia ada dengan pengurusan pokok yang tersusun
-
Menukarganti pokok sedia ada (jika perlu) dengan spesies pokok yang lebih sesuai dengan lokaliti ekologi dan geografi Ipoh
-
Meletakkan tanaman berbunga yang bersesuaian di kawasan terpilih
-
Meningkatkan peratus kawasan pejalan/siar kaki di sepanjang jalan yang perlu
Elemen Penyatuan 2 (Sungai dan Laluan Air) dan
Elemen Penyatuan 3 (Rangkaian Hijau)
Kajian ini mendapati kepentingan kawasan lapang rekreasi hijau dalam kawasan bandar dipaparkan dengan lebih kerap dan terdapat permintaan dan penghargaan yang lebih besar terhadap manfaat ruang tersebut. Menghubungkan "ruang hijau" di seluruh rantau meningkatkan nilai ekologi, rekreasi dan nilai ekonomi mereka. Oleh itu terdapat kepentingan untuk mengembangkan pembinaan rangkaian hijau di dalam kawasan bandar Ipoh. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan Pesisiran Sungai Kinta mempunyai pelbagai kekuatan, antaranya ialah sebagai kawasan tumpuan dan sungai sebagai sebahagian dari rangkaian hijau. Kekukuhan atau kekuatan Sungai Kinta ini adalah satu potensi yang sangat positif dan berpotensi untuk membantu meningkatkan imej dan kualiti kehidupan penduduk Ipoh.

Cadangan penambahbaikan bagi Sungai dan Laluan Air:
Kawasan persisir sungai seperti Sungai Kinta dan laluan air seperti anak sungai atau parit yang berpotensi perlu di naik taraf untuk meningkatkan kuantiti kawasan hijau yang positif dan aktif kepada komuniti
Cadangan penambahbaikan bagi Rangkaian Hijau:
Rangkaian hijau perlu diwujudkan untuk mewujudkan satu jalinan hijau yang dapat menghubungkan semua kawasan hijau utama, daerah utama, mercu tanda dan kawasan utama dengan berjalan kaki
Elemen Penyatuan 4: Jejak@Denai Warisan Ipoh
Kawasan Warisan Ipoh adalah meliputi kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan yang tinggi kepada Bandaraya Ipoh. Kawasan ini meliputi sebahagian kawasan Pekan Lama dan Pekan Baru Ipoh. Ruang landskap di kawasan ini perlu dibaikpulih dan di pelihara bagi menyokong warisan yang sedia ada. Kawasan ini perlu mempunyai karektor warisan yang tersendiri yang boleh menjadi imej utama kepada Bandaraya Ipoh. Bagi menyokong pengalaman pengunjung ke kawasan ini adalah di cadangkan Jejak Warisan yang sedia ada ditambahbaiki.


Cadangan penambahbaikan:
Meningkat imej kawasan landskap warisan melalui Jejak atau Denai Warisan yang sedia dengan:
-
Meningkat kawasan landskap bagi bangunan dan kawasan warisan
-
Menambahbaik panel interpretasi warisan
-
Perletakan pelan kunci jejak Warisan di kawasan bersesuaian
Elemen Penyatuan 5: Arca Warisan Berdasarkan Naratif Ipoh
Mewujudkan arca yang sinomim dengan warisan atau penceritaan sesuatu kawasan di Ipoh bagi meningkatkan nilai warisan atau keterlihatan kawasan

Contoh arca yang menunjukkan sejarah aktiviti perlombongan bijih timah

Contoh arca yang menunjukkan kemashuran Ipoh sebagai destinasi makanan

Contoh arca yang menunjukkan sejarah Ipoh melahirkan banyak kumpulan muzik hebat tanah air
