top of page
IMG_0939.JPG

KAWASAN KAJIAN 5: GUNUNG RAPAT

Utama

"Menelusuri Dolina Gunung Rapat"

​Meningkatkan peluang kepada pengunjung untuk mendalami secara terperinci kepentingan, kegunaan dan formasi geologi Gunung Rapat serta elemen semula jadi yang lain kepada persekitaran.

United Nations (UN) Sustainable Development Goals (SDG):

sdg.JPG
Pelan Pembangunan

Pelan Pembangunan Gunung Rapat

Bukit Batu Kapur Gunung Rapat ini ialah salah satu khazanah batu kapur di Ipoh yang mempunyai banyak potensi untuk pembangunan kecil dan pelaksanaan program bertemakan alam semula jadi. Sebagai khazanah yang hampir hilang dek kerana aktiviti kuari, Gunung Rapat kini bakal menjadi satu lagi tarikan semula jadi untuk penduduk dalam dan luar Perak.

g rapat.jpg

N

Imej Cadangan

Imej Cadangan Pembangunan

rapat galerii.png
rapat penyelidikan.jpg

Galeri Gunung Rapat
Galeri Gunung Rapat di cadangkan di bina berhampiran Plaza pintu masuk untuk memberikan penerangan secara terperinci berkaitan dengan geologi dan formasi Gunung Rapat secara interaktif 

​

​

Pusat Penyelidikan Batu Kapur Ipoh
Satu pusat penyelidikan penyelidikan kawasan batu kapur Ipoh di cadangkan di wujudkan di kawasan Gunung Rapat untuk meningkatkan pemahaman tentang nilai dan kepentingan batu kapur yang menjadi imej kepada Bandar Ipoh sekaligus menarik pelancong

​

​

Parkir Kenderaan

Tempat meletak kenderaan yang tersusun perlu di sediakan bagi keselesaan kepada pengunjung. Kawasan parkir ini perlulah di rancang supaya berkonsepkan hijau dan teduh

​

Plaza Pintu Masuk
Satu plaza pintu masuk ke kawasan Gunung Rapat perlu di sediakan untuk memudahkan pengunjung berkumpul. Plaza ini perlu di sediakan bersama kaunter tiket, pusat penerangan pengunjung, kawasan rehat dan tandas

Untitled (7).png
rapat Amphitheater smol.jpg

Amphitheatre Gunung Rapat

Satu amphitheater atau pentas yang berkonsepkan keadaan semula jadi kawasan Gunung Rapat di cadangkan untuk menjadi tempat persembahan rasmi dan tidak rasmi selain menjadi satu ikon kepada Gunung Rapat

​

​

rapat tasik.JPG

Tasik Rekreasi Gunung Rapat

Satu kawasan rekreasi di Gunung Rapat untuk memberikan peluang kepada penduduk Ipoh satu lagi kawasan hijau. Kawasan rekreasi ini perlulah di rancang dan di reka dengan aktiviti yang pasif dan bersifat pengetahuan

​

​

rapat aktif 1.jpg
rapat aktif 2.jpg

Kawasan Rekreasi Aktif Gunung Rapat

Satu kawasan rekreasi aktif boleh di adakan di Gunung Rapat di kawasan yang telah di teroka dan dikembalikan ke pihak MBI untuk penggemar sukan lasak terutamanya golongan muda. Antara aktviti yang di cadangkan adalah kawasan lelungsur (skate), litar ATV, litar pump track dan kawasan pendakian tebing bukit batu kapur.

​

​

rapat Campsite 1.jpg

Kawasan Perkhemahan

Tapak perkhemahan yang lengkap disediakan untuk memberikan peluang untuk bermalam di kawasan Gunung Rapat, terutamanya bagi mereka yang melalui Denai Gunung Rapat. Kawasan perkhemahan perlu mempunyai bekalan air, pelupusan sampah dan perhubungan yang baik

​

​

Untitled (4).png

Denai Gunung Rapat

Pengunjung berpeluang untuk trekking kawasan Gunung Rapat dengan denai yang di bahagikan kepada 3 jarak dan kesusahan yang berlainan bagi pemula, pertengahan dan pakar. Selain itu adalah di cadangkan denai ini mempunyai kesesuaian untuk perkhemahan secara primitif

​

​

IMG_0939.JPG
rapat zon konservasi.jpg

Kawasan simpanan pemuliharaan dan pemeliharaan batu kapur dan hutan batu kapur

Sebahagian besar kawasan batu kapur dan hutan batu kapur perlu di pulih dan seterusnya di pelihara bagi tujuan kehijauan, kepelbagaian biologi dan kemampanan Bandaraya Ipoh. Kawasan ini perlu di jadikan kawasan simpanan untuk kawasan kajian hutan dan gunung batu kapur Ipoh

​

​

Sertai Tinjauan Mengenai Pelan Induk Landskap di Gunung Rapat ini:

© 2035 by Lullaby. Powered and secured by Wix

bottom of page